Pages

Monday, May 31, 2010

Again 1 more time...

salam..huh sorry la lama xupdate blog. rasanya ada dua bulan kot. tapi apa yg nak aku share ni berita sama sebelum ni..6march adalah ajal adik ku. tiga bulan lepas tu 27mei adik ipar aku pula dijemput Illahi. semuanya sama..Kuasa Tuhan siapa jangka.

petang khamis(27mei2010) kira2 pukul 7. aku dpt panggilan telefon dari suami tapi xsempat angkat masa tu tgh kemas. (same situation masa dpt berita kematian arwah tasya)..suamiku bagi mesej. aku baca 'awk afif xciden. td polis dtg rumah bgtau dh takde.sy odw ke GH nak confirm'..aku terus telefon then laki aku bgtau nanti dia call back. aku terduduk smbil berharap mntk2 la bukan adik ipar aku tu..xboleh tggu confirmation dr laki aku..terus call adik aku kt rumah familyku..semua terkejut sgt. suami aku call lepas tu bgtau..betul yang afif dah xde..aku dgr di corong telefon tangisan keluarga mertuaku di sana..apalah nak aku kata lagi..nasib kami sama begitulah mulanya ketika aku mendapat berita dulu. Ya Allah sungguh berat dugaan kau ini..

aku bersiap bergegas ke kl bwk familyku.aku tau masa ni mereka semua perlukan sokongan. odw tu aku berfikir mcm mana la isteri arwah skrg ni..

dua pagi aku sampai kl. mula2 aku peluk biras aku..aku nampak dia di sisi jenazah yang sudah dibawa balik ke rumah. hanya Tuhan tau apa dia rasa. xterkata..aku tak sanggup tgk n cakap apa2 pun. just peluk n share perasaan..itu je mampu.

hurm..mungkin aku dh alaminya dulu..kali ini aku cepat cool. aku cuba fikir positif arwah adik iparku dh bertemu adik aku di sana..dia dh ada teman~~~~

aku berjaga malam tu sehingga pengebumian..aku teman suamiku yg tidur di sebelah jenazah. aku tau dia sedih sebab arwah lah penyeri.xsangka air mata suamiku turun jua smbil berkata 'sekarang saya tau n memahami mcm mana awk rasa dulu, kita sama2 kehilangan adik yang memberi penyeri...'

apapun selepas ini kami harap apa juga dugaan Tuhan dapat dihadapi walaupun aku hampir menyalahkan takdir kerana mengambil kedua adikku 'sekelip mata'..semua akan hadapi kehilangan org tersayang cuma cepat atau lambat..perasaan 'sakit dan 'sedih' ni sebenanrnya akan turut dirasai semua..jumpa lagi....

1 comment:

  1. sis takziah k...sungguh berat dugaan yg alallah bagi kpdmu suami istei. kalau aku lum tntu lg lum skuat n setabah kmu berdua. smoga apa yg brlaku adah hikmahnya. take care k

    ReplyDelete