Pages

Monday, July 19, 2010

4 BULAN SUDAH BERLALU...

sekejap ok sekejap ko..kacau betul. ini namanya kecamukan emosi.. betul la..aku cuba nak lupakan empunya nama HANA NATASYA. maybe ada yang xkenal siapa kah dia..sekali lagi aku bgtau dia ni adik aku yang dah tak ada kat dunia ni lagi!!
disini..bukan aku nak menagih simpati or whatever sekutu dgnnya..aku just nak share what i have facing till now..
empat bulan beb..aku rasa mcm baru je semalam dia pergi. aduhh sakit rr rasa mcm ni. aku sanggup ditinggalkan kt benua utara sorang2 drpd dibebani rasa semacam ini.
ada kala rasa mcm aku boleh anggap dia dh xde..tapi biasanya bila aku pejam mata aku takut nak buka sebab hakikatnya dia dah takkan muncul.
ada sesuatu yang ditinggalkan arwah hana mengikat aku iatu KENANGAN!
apa yang dia buat, mana dia pergi, apa dia cakap, apa dia suka pendek kata sesaat perbuatan dia semua terpahat dalam kepala aku ni.huh begini rupanya perasaan bila kehilangan org tersayang.
sebenarnya sampai bila2 takkan dpt melupakan dia. dia sebahagian daripada aku kerana kami adalah sedarah sedaging.

entah xtau nak tulis apa lagi..bla bla bla...no mood.tq bye salam

Monday, May 31, 2010

Again 1 more time...

salam..huh sorry la lama xupdate blog. rasanya ada dua bulan kot. tapi apa yg nak aku share ni berita sama sebelum ni..6march adalah ajal adik ku. tiga bulan lepas tu 27mei adik ipar aku pula dijemput Illahi. semuanya sama..Kuasa Tuhan siapa jangka.

petang khamis(27mei2010) kira2 pukul 7. aku dpt panggilan telefon dari suami tapi xsempat angkat masa tu tgh kemas. (same situation masa dpt berita kematian arwah tasya)..suamiku bagi mesej. aku baca 'awk afif xciden. td polis dtg rumah bgtau dh takde.sy odw ke GH nak confirm'..aku terus telefon then laki aku bgtau nanti dia call back. aku terduduk smbil berharap mntk2 la bukan adik ipar aku tu..xboleh tggu confirmation dr laki aku..terus call adik aku kt rumah familyku..semua terkejut sgt. suami aku call lepas tu bgtau..betul yang afif dah xde..aku dgr di corong telefon tangisan keluarga mertuaku di sana..apalah nak aku kata lagi..nasib kami sama begitulah mulanya ketika aku mendapat berita dulu. Ya Allah sungguh berat dugaan kau ini..

aku bersiap bergegas ke kl bwk familyku.aku tau masa ni mereka semua perlukan sokongan. odw tu aku berfikir mcm mana la isteri arwah skrg ni..

dua pagi aku sampai kl. mula2 aku peluk biras aku..aku nampak dia di sisi jenazah yang sudah dibawa balik ke rumah. hanya Tuhan tau apa dia rasa. xterkata..aku tak sanggup tgk n cakap apa2 pun. just peluk n share perasaan..itu je mampu.

hurm..mungkin aku dh alaminya dulu..kali ini aku cepat cool. aku cuba fikir positif arwah adik iparku dh bertemu adik aku di sana..dia dh ada teman~~~~

aku berjaga malam tu sehingga pengebumian..aku teman suamiku yg tidur di sebelah jenazah. aku tau dia sedih sebab arwah lah penyeri.xsangka air mata suamiku turun jua smbil berkata 'sekarang saya tau n memahami mcm mana awk rasa dulu, kita sama2 kehilangan adik yang memberi penyeri...'

apapun selepas ini kami harap apa juga dugaan Tuhan dapat dihadapi walaupun aku hampir menyalahkan takdir kerana mengambil kedua adikku 'sekelip mata'..semua akan hadapi kehilangan org tersayang cuma cepat atau lambat..perasaan 'sakit dan 'sedih' ni sebenanrnya akan turut dirasai semua..jumpa lagi....

Thursday, April 22, 2010

INTRO..

Assalamualaikum...

Pena Lara nama yg dipilih untuk blog ini..ianya sesuai dengan jiwa saya ketika mula saya create this blog. mula rasa mcm i have no enough time to do this thing but terfikir utk buat since byk benda nak share dgn kawan2..

hurm..tahun 2010- semua nak yg happy je apatah lg dah berdua. tp ye lah kita hanya mampu merancang tp Tuhan tentukan segalanya..

tanpa diduga malah xpernah terfikir sikit pun tragedi ngeri menimpaku..pada 6 march 2010 sesuatu yg tanpa keinginan sesiapa saja insan di dunia ni, familyku terbabit dalam kemalangan jalan raya di LPT km 157.3.huh saya akan igt km ni sampai mati.

hurm..saya gunakan kata ganti diri aku lebih mesra rasanya...aku menerima panggilan pada pukul 8.15 malam daripada ibuku. beliau menangis hanya aku dgr xciden!! what!! ibu xciden along..omg..

aku dapatkan ayah aku di rumah. setahu aku ibu aku bersama tiga adikku yg lain bercuti ke genting highlands..

reaksi ayahku mcm xpercaya..aku bgtau dia sekali lagi..abah! ibu xciden!! xtahu adik2 mcm mana..

tanpa berlengah aku dan ayahku gerak ke tempat yg dimaksudkan..kata ibu dia di jengka..namun sekali lagi dia call mintak terus ke hospital temerloh. semua mangsa dibawa ke sana. setibanya di tol gambang sekali lagi ibu telefon aku..kali ini ayatnya benar2 membuatku jadi gila meroyan..histeria dan huh xdpt nak dinyatakan..katanya along...kakak dah takde..siapa? kakak tasya dah xde dia meninggal..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

odw ke hospital mcm2 aku luahkan..huh sakit beb..pedih giler..ini namanya sekelip mata!!
last aku jumpa dia seminggu sebelum tu..

tiba di hosp temerloh, dua pengusung tiba di bilik kecemasan..owh mungkinkah itu adikku yg lain.xsanggup Ya Allah nak tengok. hanya aku ayahku dan maklongku ada ketika itu. maklong dtg mintak aku tgk adikku bagi mereka semangat namun aku tak sanggup..jahatkan aku!! adik sakit aku xnak tgk..teruk gilerr.

aku kembali normal apabila terlihat rakan media tiba.tq so much to them.mereka lah smgt aku masa tu.aku kuatkan hati utk jumpa adikku.

along...along...panggil yana yg cedera di kepala dan bibir. kau tahu xtasya dah xde..aku kejut dia tadi dia xbangun long..dia lgsung tak gerak. dia lembik long..kami berpelukan dan menangis...aku bgtau pada dia sabar sedangkan aku sendiri tewas!!

dengan kekuatan yg berbaki aku ingin melihat adik bongsuku kimi..dia cedera parah! aku dgr dari luar wad dia menjerit kesakitan. ketika aku masuk dia sudah tidak sedarkan diri.

ketika duduk di bilik tetamu, polis menemui aku untuk pengecaman mayat tasya. owh tidakkkkk semua dtg bertimpa2. aku lagi xsanggup. akhirnya suamiku, pakcik dan sepupuku ke bilik mayat jengka utk pengecaman.

malam tu sehingga paginya aku tidak pejamkan mata. aku hilang arah apatah lagi melihatkan ibu dan ayahku yang sudah lemah.

esok pengebumian arwah namun aku sedih tidak dapat menghantarnya ke alam itu. aku terpaksa jaga kimi di hospital , yana dibenarkan keluar. di hospital kimi hanya ditemani tangisanku.

kini hanya pusara itu yg tinggal sebagai igtan terakhirku padanya...

jumpa lagi guys..